Jatuh longkang ketika panjat pokok mempelam
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa berusia lingkungan 40-an itu terjatuh selepas salah satu dahan yang dipijak patah.
Menurutnya, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 2.32 petang pada Ahad melibatkan kejadian yang berlaku di Taman Pandan Indah, di sini.
"Mangsa berjaya dibawa keluar dari longkang tersebut dan mengalami kecederaan patah kaki kiri dan luka di bahagian kepala.
"Mangsa telah dihantar ke Hospital Ampang menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), " katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!