Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai Presiden baharu
MOGADISHU - Ahli Parlimen Somalia dari kedua-dua dewan perwakilan pada Ahad memilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden, menewaskan penyandang Presiden Mohamed Abdullahi Mohamed, turut dikenali sebagai Farmajo.
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, penyandangnya memperoleh 110 undi, manakala tiga undi lagi tidak dikira, menurut Speaker Parlimen Somalia Sheikh Adan Mohamed Nuur Madobe ketika mengumumkan keputusan pilihan raya.
Pilihan raya sengit itu menyaksikan 36 calon bertanding menyaksikan tiga pusingan.
Mohamud mengangkat sumpah beberapa minit selepas keputusan diumumkan dan berterima kasih kepada bekas presiden atas peralihan kuasa secara aman. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!