Bastianini juara GP Perancis

Bastianini (tengah) menjuarai GP Perancis yang berlangsung di Litar Bugatti, pada Ahad
Bastianini (tengah) menjuarai GP Perancis yang berlangsung di Litar Bugatti, pada Ahad
A
A
A

PELUMBA pasukan Gresini Ducati, Enea Bastianini meraih kemenangan MotoGP ketiganya dalam tujuh perlumbaan musim ini apabila menjuarai Grand Prix Perancis, pada Ahad.

Dalam perlawanan yang berlangsung di litar Bugatti, Bastianini dilihat ketinggalan satu mata sebelum memperbaiki tunggangannya untuk berada di tempat kelima grid sekali gus memberi tekanan kepada rakan senegaranya dari Itali, Francesco Bagnaia.

Bastianini akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama selepas Bagnaia melalukan kesilapan di pusingan terakhir yang menyaksikan dia terbabas dan gagal meneruskan perlumbaan.

Tempat kedua berjaya dimenangi pelumba Australia, Jack Miller manakala Aleix Espargaro mengekang cabaran Fabio Quartararo untuk menduduki tempat ketiga.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan ini. Pada perlumbaan itu, saya melihat rentak saya sangat bagus.

“Ini semua untuk pasukan saya kerana mereka banyak bekerja di Grand Prix, memberikan saya motosikal terbaik dan ia adalah pekerjaan luar biasa,” kata Bastianini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!