Hanoi 2021: Skuad badminton wanita gagal ke separuh akhir

Siti Nurshuhaini Azman
Siti Nurshuhaini Azman
A
A
A

HASRAT skuad badminton wanita negara untuk mara ke peringkat separuh akhir Sukan SEA Hanoi 2021, tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada tuan rumah, Vietnam.

Siti Nurshuhaini Azman yang turun sebagai perseorangan pertama nyata bukan tandingan buat Thuy Linh Nguyen apabila tewas straight set 21-9, 21-8 untuk meletakkan Vietnam mendahului dengan kelebihan 1-0.

Kemenangan itu nyata membangkitkan semangat perseorangan kedua Vietnam, Thi Trang menyumbang mata kedua buat pasukannya selepas menewaskan pemain muda negara, Siti Zulaikha Muhd 21-9, 21-7.

Bagaimanapun pasangan beregu wanita negara, Yap Ling-Go Pei Kee menyalakan sedikit harapan negara untuk mara ke separuh akhir apabila menang ke atas pasangan tuan rumah, Thi Phuong Hong Dinh-Thi Hoai Do, 12-21, 21-15, 21-16.

Namun segala-galanya berakhir buat skuad badminton wanita negara apabila perseorangan ketiga negara, Ong Xin Yee tewas kepada Thi Anh Thu Vu pada perlawanan ketiga, 21-13, 21-15.

Keputusan tersebut menyaksikan kemarau emas acara berpasukan wanita terus berterusan dengan kali terakhir memenanginya pada tahun 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!