Krisis bahan api: Bas di Sri Lanka bakal henti operasi

Kekurangan bahan api mungkin memaksa 80 peratus bas persendirian di Sri Lanka tidak dapat beroperasi mulai Selasa. Foto REUTERS
Kekurangan bahan api mungkin memaksa 80 peratus bas persendirian di Sri Lanka tidak dapat beroperasi mulai Selasa. Foto REUTERS
A
A
A

NEW DELHI - Kekurangan bahan api mungkin memaksa 80 peratus bas persendirian di Sri Lanka tidak dapat beroperasi mulai Selasa, menurut persatuan pengangkutan.

Persatuan bas mendapati sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation (CPC) telah menyambung semula pengedaran bahan api di Sri Lanka termasuk di Colombo, menurut laporan Daily Mirror memetik setiausaha sebuah Persatuan Bas Persendirian Antara Wilayah, Anjana Priyanjith.

Sementara itu, Menteri Tenaga Kanchana Wijesekera menerusi ciapannya di Twitter, bekalan bahan api yang mencukupi akan tersedia tidak lama lagi susulan tiga kapal membawa bahan api dijadual tiba di Sri Lanka dalam tempoh dua minggu akan datang.

Sri Lanka sedang berdepan krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, membawa kepada kekurangan bekalan tenaga, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain.

Perdana Menteri baharu Ranil Wickremesinghe berdepan cabaran besar dalam menstabilkan ekonomi, undang-undang dan menjamin keamanan negara di tengah-tengah protes antikerajaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!