Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara pusingan kedua

Fei-Nur Izzuddin - Foto BAM
Fei-Nur Izzuddin - Foto BAM
A
A
A

BEREGU lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen di Terbuka Thailand 2022 dengan langkah kanan apabila menewaskan beregu India, S Prasad dan S Sunjith Jr dalam perlawanan pusingan pertama yang berlangsung di Impact Arena di Bangkok pada Selasa.

Sze Fei-Nur Izzuddin mengambil masa 21 minit untuk menyingkirkan Prasad-Sunjith Jr, 21-7, 21-15.

Beregu Malaysia itu akan berhadapan Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis dalam pusingan seterusnya.

Sementara itu, beregu profesional Goh V Shem-Low Juan Shen yang memenangi set pertama 21-18 ketika bertemu Juara Dunia Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun tidak dapat mengekalkan momentum dan kecundang dalam dua set seterusnya 12-21, 11-21.

Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah pula mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi 21-18 dan 21-19.

Pasangan pilihan ketujuh kejohanan itu akan bertemu Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting dari China atau Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun dari Taiwan.

Turut mara ke pusingan kedua, pemain perseorangan negara Sholeh Aidil yang tewas 18-21 dalam set pertama ketika menentang Kai Schaefer dari Jerman bangkit dan memenangi dua set seterusnya 21-16, 21-12.

Sementara itu pemain perseorangan profesional negara Soong Joo Ven menewaskan Mads Christophersen dari Denmark 21-14, 23-21.

Pemain perseorangan profesional Malaysia, Cheam June Wei mengambil keputusan menarik diri daripada perlawanan dan memberikan kemenangan mudah kepada Max Weisskirchen dari Jerman selepas tewas 11-21 dalam set pertama.

Keputusan Lain

Beregu Lelaki:

Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (DEN) mn Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong 21-8, 21-16

Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn - Lim Khim Wah mn Rory Easton - Zach Russ (ENG) 16-21, 23-21, 22-20

Beregu Wanita:

Vivian Hoo- Lim Chiew Sien mn Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching (TPE) 16-21, 21-16, 21-16

Anna Ching Yik Cheong mn Fitriani-Ruselli Hartawan (INA) - Teoh Mei Xing 21-5, 21-18. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!