LPT3: Tak sabar tunggu siap, kata peniaga

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengumuman kerajaan akan memberi keutamaan kepada pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) berbanding projek mega lain untuk kemudahan penduduk di Terengganu dan Kelantan dinanti-nantikan orang ramai khususnya peniaga, petani dan penternak di negeri ini.

Ia dilihat bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada pengguna jalan raya tetapi juga peluang perniagaan yang lebih luas dan cepat kepada usahawan melibatkan pelbagai bidang.

Meluaskan rangkaian perniagaan

Pengusaha kuih tradisional, Rubiha Shazwina Zulkifli,26 berkata, pembinaan lebuh raya baharu tersebut bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga menawarkan rangkaian perniagaan yang lebih luas dengan kemudahan tersebut.

No Image Caption

Katanya, dia sering berulang alik ke pelbagai negeri bagi memasarkan produknya ke seluruh negara dan banyak menghabiskan masa di jalan raya.

Tambahnya, dengan adanya jalan baharu tersebut, dia dapat menjimatkan masa dan kos minyak berbanding jalan sedia ada pada hari ini.

“Setiap minggu saya akan ke beberapa negeri bagi menghantar produk yang ditempah pelanggan dan dengan adanya jalan baharu ini, ia bukan sahaja menjimatkan kos pengangkutan tetapi lebih penting menjimatkan masa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Artikel Berkaitan:

Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 147 kilometer itu bermula dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

Sementara itu, petani, Zulkifli Rani, 68 berkata, pembinaan laluan baharu tersebut menyediakan peluang yang lebih luas kepada golongan petani bagi memasarkan hasil tanaman mereka.

No Image Caption

Katanya, masalah jarak sering menjadi masalah kepada peraih bagi membeli hasil pertanian petani dengan mengambil kira kos minyak, masa dan tenaga.

“Dengan adanya laluan yang lebih dekat dan selesa, saya pasti petani di kedua-dua negeri ini dapat meluaskan pasaran masing-masing sekaligus meningkatkan ekonomi mereka.

“Secara langsung, ia akan menarik minat lebih ramai anak muda mengusahakan bidang pertanian, penternakan dan perniagaan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada kerja makan gaji,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!