Pegawai kanan polis meninggal dunia di pejabat
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pegawai lelaki berusia 42 tahun yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam.
"Siasatan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.
"Punca kematian pegawai terbabit disyaki akibat serangan jantung," katanya kepada Sinar Harian, pada Khamis.
Beliau berkata, jenazah pegawai terbabit dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!