Pertunjukan udara sempena LIMA 2019 berjalan lancar

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tengah) ketika sidang media pada perasmian Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini. -Foto Bernama
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tengah) ketika sidang media pada perasmian Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Pertunjukan udara sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) berjalan lancar hari ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata LIMA ‘19 yang berlangsung hari ini adalah sangat teratur serta tiada sebarang masalah.

"Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi tadi yang juga merupakan pencetus kepada penganjuran pertama pameran berprestij berkenaan pada tahun 1991.

"Saya mewakili kementerian ini, ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir,” katanya ringkas dalam sidang media LIMA’19 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Sebanyak 16 pesawat mengadakan pertunjukan udara hari ini dan di antaranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menampilkan pesawat pejuang SU-30MKM dan F/A -18D, pasukan aerobatik Jupiter daripada Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) dan Tentera Udara India dengan pesawat Tejas.

Pertunjukan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pasukan aerobatik Malaysia iaitu Krisakti yang menggunakan pesawat Extra 300L. Pertunjukan maritim pula akan diadakan esok.

LIMA'19 berlangsung di MIEC dan Resort World Langkawi (RWL) mulai 26 hingga 30 Mac ini.

Sebanyak 406 syarikat pertahanan, komersial dari 32 buah negara mengesahkan penyertaan dalam LIMA’19 - 206 syarikat tempatan dan 200 syarikat antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Pameran LIMA’19 edisi ke-15 ini dianjurkan bersama oleh EN Projects (M) Sdn Bhd, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan bertemakan, Defence and Commercial Connecting Intelligence. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!