Ward beraksi berdepan Chelsea

Ward - foto plumb images
Ward - foto plumb images
A
A
A

PENJAGA gol Leicester City, Danny Ward akhirnya mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama The Foxes pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Chelsea di Stamford Bridge pada Jumaat.

Pengendali Leicester City, Brendan Rodgers berkata, dia telah menemui Ward baru-baru ini dan memberitahunya agar bersedia untuk beraksi berdepan Chelsea.

“Saya juga telah menemui Kasper (Schemeichel) dan memberitahunya saya akan menurunkan Ward dalam dua aksi terakhir EPL musim ini.

“Tujuannya untuk memberikan peluang kepada penjaga gol Wales itu beraksi setelah dibelenggu kecederaan di sepanjang musim,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini Ward hanya akan dipilih untuk beraksi pada perlawanan merebut piala manakala Kasper lebih banyak diturunkan pada aksi EPL.

Mengulas lanjut, Rodgers berkata, masa depan Ward bersama The Foxes boleh dikatakan agak selamat kerana dia dilihat sebagai antara penjaga gol yang berkualiti.

Malah menurut Rodgers, pihaknya juga sudah mula memilih pemain dalam usaha membentuk pasukan yang mantap musim depan.

“Untuk musim depan dia (Ward) mungkin masih ada dengan kita kerana kita mahu memastikan kita memiliki penjaga gol yang berkaliber.

“Dalam masa sama kita juga giat melakukan persiapan untuk mengharungi saingan musim baharu EPL,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!