Kerajaan Kelantan ambil serius isu terjun jambatan
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengambil serius kejadian terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra yang dilihat semakin berulang sejak akhir-akhir ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan akan mendapatkan pandangan daripada pelbagai sudut berkait dengan kejadian tersebut.
"Sekiranya ada keperluan untuk meninggikan dinding jambatan, kita akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Menurutnya, maklumat tentang punca sebenar kejadian juga akan diambil berat oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut.
Beliau berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius kerana ada mangsa yang melibatkan orang Islam.
Mohd Amar berkata, hal ini kerana kejadian terjun dari jambatan jarang sekali berlaku di kawasan tersebut sebelum ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!