Polis kesan individu bawa objek menyerupai senjata

Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video tular memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil membawa objek menyerupai senjata.
Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video tular memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil membawa objek menyerupai senjata.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video tular yang memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil membawa objek yang menyerupai senjata.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial kira-kira jam 5.30 petang Selasa.

"Video berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak baju dan menampakkan satu objek yang menyerupai senjata di seluarnya.

"Satu laporan polis telah dibuat, kejadian dipercayai berlaku ketika festival animasi selama empat hari bermula pada 13 Mei lalu di sebuah pasar raya di daerah ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin berkata, lelaki berkenaan dipercayai merupakan salah seorang peserta yang menggayakan watak animasi ketika hadir ke festival itu.

"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan lanjut.

"Kita juga sedang mengesan pemilik akaun media sosial termasuk individu terlibat untuk membantu siasatan," ujarnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!