Treler bawa tepung terbalik, pemandu maut tersepit
GERIK - Sebuah treler 20 tan membawa muatan tepung terbalik di Kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini pada Khamis.
Kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu telah mengakibatkan pemandu treler dikenali Adzri Mat, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kelindannya, cedera.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kejadian itu diterima pada jam 7.38 pagi melibatkan dua mangsa.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik yang tiba di lokasi mendapati, treler terbabit terbalik ke bahu jalan dipercayai akibat hilang kawalan dan mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit.
"Mangsa telah diserahkan kepada polis dan ambulans untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Operasi tamat pada jam 9.55 pagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!