Isu perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincangkan PM

Ismail Sabri menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu. Foto: Facebook Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu. Foto: Facebook Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan pada Rabu.

Perdana Menteri dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, beliau menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya.

"Banyak perkara dibincangkan antaranya berkaitan sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke-10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan, dan perjanjian Air Sungai Johor 1962.

"Kami juga membincangkan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dan projek Sistem Transit Pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura selain isu maritim dan ruang udara Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau turut berharap hubungan dua hala Malaysia dan Singapura terus kukuh demi kemajuan bersama. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!