Dua pelatih Puspen ditemui lemas dalam tasik

Anggota bomba membantu mengangkat dan membawa naik mayat salah seorang pelatih Puspen Raub yang ditemui lemas dalam tasik di kawasan pusat pemulihan itu pada Khamis. Foto: JBPM PAHANG
Anggota bomba membantu mengangkat dan membawa naik mayat salah seorang pelatih Puspen Raub yang ditemui lemas dalam tasik di kawasan pusat pemulihan itu pada Khamis. Foto: JBPM PAHANG
A
A
A

KUANTAN - Dua pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Raub ditemui lemas dipercayai ketika mandi dalam sebuah tasik di kawasan pusat pemulihan itu pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa pertama berusia 43 tahun ditemui kira-kira jam 4 petang di dasar tasik pada kedalaman 10 meter.

Menurutnya, mangsa kedua yang berusia 37 tahun ditemui empat minit kemudian di dasar tasik sedalam lapan meter.

"Pusat Gerakan Operasi JBPM Pahang menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.04 petang.

"Susulan kejadian tujuh anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dikerah ke lokasi untuk operasi SAR," katanya.

Zulfadli berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan kaedah pencarian di permukaan.

"Dalam operasi itu, peralatan khas 'grappling iron' turut digunakan bagi mengesan mayat mangsa di dasar tasik.

"Mayat mangsa berjaya ditemui dan diangkat keluar dari dasar tasik sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!