500 penuntut kutip sampah di Teluk Chempedak

Gembira jalani aktiviti sukarelawan.
Gembira jalani aktiviti sukarelawan.
A
A
A

KUANTAN – Sejumlah 500 individu menelusuri pantai Teluk Chempedak di sini, sambil mengutip sampah dalam program PolyCC Jubilee Beach Fun Walk & Student Carnival 2019.

Timbalan Pengarah ( Sokongan Akademik) POLISAS Shahrul Nizam Mohamed berkata, program ini dianjurkan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan kerjasama Kolej Komuniti Pahang.

Menurutnya, ia diadakan sempena meraikan Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia yang melibatkan 10 politeknik di seluruh Malaysia.

“Fun Beach Walk diadakan sejauh satu kilometer disertai 500 warga politeknik dan Kolej Komuniti serta masyarakat setempat. Sekali gus mengeratkan hubungan politeknik bersama masyarakat setempat.

Sambil berjalan sambil kutip sampah di Teluk Chempedak.
Sambil berjalan sambil kutip sampah di Teluk Chempedak.

“Ia juga berkonsepkan CSR iaitu berjalan sambil mengutip sampah sarap bagi membersihkan kawasan pantai.

“Antara objektif lain program ini dijalankan adalah untuk mempromosikan jenama politeknik dan Kolej Komuniti selaku institusi pendidikan TVET yang berkualiti dan berupaya menghasilkan modal insan yang holistik kepada masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Akademik) POLISAS, Che Alias Mohd Yusof.

Artikel Berkaitan:

Mengeratkan silaturrahim warga POLISAS.
Mengeratkan silaturrahim warga POLISAS.

Shahrul Nizam berkata, dalam pada itu sempena pengumuman keputusan SPM 2018, politeknik dapat mempromosi kemasukan pelajar untuk sesi pengambilan Jun 2019.

Politeknik yang terlibat dengan program promosi sempena Majlis Sambutan Jubli Emas ini adalah Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Kuching (PKS), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Politeknik Merlimau Melaka (PMM).

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik yang diadakan sepanjang karnival ini berlangsung adalah seperti Lepak Santai Bersama PU Sufian dan Dai’e Wan, pertunjukan robotik, demo silat, demo pembuatan kordial, persembahan 'fire dance', konsert Yazid Izham (pelajar POLISAS), sukan rakyat dan pelbagai aktiviti lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!