Cegah diabetes sebelum parah

Antara peserta yang menghadiri sesi pemeriksaan mata percuma yang diadakan bertempat di Kompleks Media Karangkraf disini semalam.
Antara peserta yang menghadiri sesi pemeriksaan mata percuma yang diadakan bertempat di Kompleks Media Karangkraf disini semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Memberikan kesedaran akan langkah-langkah awal terutamanya masalah mata akibat daripada diabetes, Persatuan Hong Style Taiji Quan Malaysia bersama Yayasan Darul Hijrah mengadakan pemeriksaan mata percuma bertempat di Kompleks Media Karangkraf di sini, semalam.

Program ini sekali gus memberi kesedaran mengenai diabetes memandangkan semakin ramai pesakit diabetes di Malaysia, namun ramai pesakit masih tidak tahu tentang ini.

Presiden Persatuan Taiji Quan Malaysia Low You Chai berkata apa yang membimbangkan diabetes yang dialami turut memberikan kesan kepada mata.

"Ini yang amat membimbangkan apabila ada kes yang agak teruk di mana diabetes mereka di tahap kronik dan memberikan kesan kepada mata, dan lebih sadis mereka buta selamanya.

"Jadi dengan teknologi terkini yang kami bawakan ini, dengan pemeriksaan mata, dapat mengetahui keadaan mata seseorang itu terutama mereka yang mengalami diabetes," katanya.

You Chai (empat,kanan) bersama pasukannya terlibat secara langsung dalam teknologi terkini yang diperkenalkan dan dibawa dalam program ini.
You Chai (empat,kanan) bersama pasukannya terlibat secara langsung dalam teknologi terkini yang diperkenalkan dan dibawa dalam program ini.

Katanya, dengan kerjasama beberapa pihak termasuk pihak di China, kami memperkenalkan teknologi AI kecerdasan yang paling maju ini sekaligus menggunakan peralatan terkini.

"Melalui teknologi ini selepas analisis, kajian semula, pengenalan, dan laporan profesional yang berwibawa, menyediakan aktiviti pengesanan lesi retina percuma untuk pesakit kencing manis dan orang dari semua lapisan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Keputusan ujian akan dihantar terus ke telefon bimbit peserta melalui aplikasi Whatsapp," katanya.

Jelasnya, melalui program ini, pihaknya berharap peserta dapat memahami keadaan sebenar mata.

"Sebenarnya, kalau diikutkan kos boleh mencecah sehingga RM150, namun kali ini kita adakan secara percuma.

"Secara langsung memberikan kesedaran akan kepentingan penjagaan dan keadaan mata terutama mereka yang mengalami diabetes," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!