Muhammad Syafiq berdepan dua lawan sebelum raih emas

Muhammad Syafiq Zuber
Muhammad Syafiq Zuber
A
A
A

ATLET taekwondo negara Muhammad Syafiq Zuber terpaksa berhadapan dua 'lawan' dari Vietnam dalam final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2021 sebelum muncul juara di Gimnasium Tay Ho malam ini.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Muhammad Syafiq kerana bukan hanya menjinakkan Pham Minh Bao Ka 15-9 tetapi berjaya mendiamkan penyokong tuan rumah untuk memperoleh emas itu.

Terdahulu wakil Malaysia itu telah memberikan aksi terbaiknya untuk menyingkirkan juara tiga kali Samuel Morrison dari Filipina dalam separuh akhir.

Muhammad Syafiq, 22, menewaskan Morrison yang merupakan pemenang pingat emas dari 2015 hingga 2019, 35-21.

Pada edisi 2019 Filipina, Muhammad Syafiq terpaksa berpuas hati dengan gangsa dalam kategori lightweight (74kg).

Kem taekwondo negara kini mengumpul 1-1-3 pingat. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!