Imej kutub matahari dirakam kapal angkasa UK

Gambar menunjukkan kutub matahari yang dirakankan dari sebuah kapal angkasa buatan UK pada Mac lalu. - Foto ESA,/NASA/Solar Orbiter,/EUITeam
Gambar menunjukkan kutub matahari yang dirakankan dari sebuah kapal angkasa buatan UK pada Mac lalu. - Foto ESA,/NASA/Solar Orbiter,/EUITeam
A
A
A

LONDON - Sebuah kapal angkasa buatan United Kingdom (UK), Solar Orbiter merakamkan sejumlah gambar di kutub matahari pada bulan Mac lalu.

Bagaimanapun, gambar-gambar itu hanya didedahkan baru-baru ini yang menunjukkan pemandangan di kutub matahari dan suar suria.

Caroline Harper iaitu Ketua Sains Angkasa Lepas di Agensi Angkasa UK, berkata: "Sangat menarik untuk melihat imej dan rakaman yang luar biasa ini.

"Matahari yang paling hampir pernah kita lihat, dirakamkan semasa laluan terdekat Solar Orbiter setakat ini.

'Kami sudah melihat beberapa data menarik dikembalikan daripada instrumen sains di atas kapal angkasa yang dibina di UK ini,.

" (Ia) membawa kami lebih dekat untuk memahami bagaimana peristiwa semula jadi di permukaan matahari menyumbang kepada cuaca angkasa," ujarnya.

Kapal angkasa itu dilancarkan dari Cape Canaveral di Florida pada Februari 2020.

Ia dibina di Stevenage, England dan dilengkapi dengan set 10 teleskop dan instrumen penderiaan langsung.

Kapal angkasa itu memasuki ruang yang dikenali sebagai perihelion pada 26 Mac lalu dan ia datang pada jarak sekitar 48 juta kilometer dengan suhu mencecah lebih 450 darjah Celsius pada jarak itu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!