4 gerai berhampiran Pasar Payang musnah
KUALA TERENGGANU - Empat peniaga terpaksa berputih mata apabila gerai jualan mereka yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.
Kejadian itu berlaku pada jam 11.38 malam, menyebabkan sebuah daripadanya musnah 100 peratus manakala tiga lagi terbakar hampir 50 peratus.
Kebakaran itu dikatakan bermula daripada sebuah gerai, sebelum merebak ke tiga gerai lain yang tidak beroperasi sewaktu kejadian itu berlaku.
Difahamkan, kesemua gerai yang terlibat menjual pelbagai jenis keropok serta makanan ringan dan kerugian dianggarkan hampir RM60,000.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zuhan Shafei berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.41 malam.
“Tiga jentera dari BBP Jalan Kota dan Kuala Terengganu dengan kekuatan 16 anggota terlibat dalam operasi ini.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.53 malam manakala api dipadam sepenuhnya 25 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Kisah peniaga yang kerugian hampir RM60,000 dalam kejadian kebakaran berhampiran Pasar Payang, Kuala Terengganu. Berita...
Posted by Sinar Harian Edisi Terengganu on Wednesday, March 27, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan kepada keluarga
Setiu, Marang dilanda banjir
TFC tidak ambil mudah ancaman Melaka FC
ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM
18 pegawai imigresen KLIA dibuang kerja
40 mangsa termasuk 21 kanak-kanak terperangkap kepala air
3 beranak maut, bayi parah dalam kemalangan
Lapan maut MPV dinaiki bertembung pacuan empat roda