Treler bawa muatan plastik terbalik
KLANG - Sebuah treler membawa muatan plastik terbalik dalam kejadian di Jalan Pintasan, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat tiba di lokasi kejadian pada jam 6.45 pagi.
Menurutnya, kemalangan menyebabkan pemandu berusia 47 tahun mengalami kecederaan ringan di tangan.
"Siasatan awal mendapati treler terbabit datang dari arah Pelabuhan Utara menuju ke Pelabuhan Barat dengan membawa muatan barangan plastik.
"Sampai di lokasi kejadian, treler terbabit telah terbalik dipercayai akibat kegagalan fungsi brek," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, laluan dari arah Pelabuhan Barat menuju ke Pelabuhan Utara telah ditutup satu lorong untuk kerja-kerja pengalihan.
Katanya, tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan dan keadaan terkawal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!