[VIDEO] Penternak turut terbeban dengan kenaikan kos

Mohd Kamal menunjukkan anak ayam di ladang ternakannya di Sri Merlong Batu Pahat pada Sabtu.
Mohd Kamal menunjukkan anak ayam di ladang ternakannya di Sri Merlong Batu Pahat pada Sabtu.
A
A
A

BATU PAHAT - Golongan penternak seharusnya tidak tidak dipersalahkan berhubung isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang menyebabkan harga jualannya melonjak tinggi memandangkan ia turut memberi kesan kepada mereka.

Penternak ayam, Mohd Kamal Adam, 57, berkata, adalah tidak adil untuk menyalahkan penternak semata-mata dalam isu terbabit yang kini membelenggu rakyat.

Menurutnya, golongan penternak juga turut terbeban dengan kos operasi yang semakin meningkat terutama kenaikan harga dedak ayam ketika ini selain kekangan pekerja asing dan kos bekalan elektrik.

"Sudah 25 tahun saya menjadi penternak ayam bagi sistem integrasi ladang kontrak. Sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran dilalui dan paling perit apabila harga dedak ayam terus meningkat.

"Kenaikan dedak ayam dari jagung dan soya yang diimport sepenuhnya berlaku hampir setiap bulan. Paling ketara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, seguni dedak seberat 50 kilogram (kg) berharga RM88 tetapi sekarang harganya sudah mencecah RM120.

"Seekor ayam yang dianggarkan seberat 2kg perlu kira-kira 4kg makanan untuk mencapai tempoh matang 35 hari," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Mohd Kamal berkata, meskipun ada yang mengaitkan kekurangan bekalan disebabkan ayam sakit dan cuaca panas, namun perkara itu tidak mengganggu keluaran ayam matang di ladangnya.

"Bagaimanapun cuaca terlampau panas turut memberi kesan kepada tumbesaran ayam memadankan sistem ternakan ayam terbuka masih digunakan.

"Namun bagi penternak, kematian ayam dalam kiraan 5 hingga 6 peratus itu masih belum teruk kerana ia perkara biasa dalam ternakan ayam di ladang," ujarnya.

Jelasnya, bagi ladang ayam berskala besar yang mempunyai kira-kira 200,000 ayam ternakan, sudah tentu faktor pekerja memberi kesan memandangkan tidak ramai anak muda tempatan berminat bekerja di dalam sektor ini.

"Kerajaan perlu membantu penternak yang berdepan permintaan yang semakin bertambah selain kos dedak yang melambung tinggi serta melihat semula isu kekurangan pekerja di ladang.

"Di Batu Pahat sahaja, terdapat lebih 500 penternak. Kerajaan perlu bertindak segera agar isu ini tidak berlarutan dan jangan hanya menuding jari sahaja," katanya.



BERITA SEMASA 21 MEI 2022

Golongan penternak seharusnya tidak dipersalahkan berhubung isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang menyebabkan harga jualannya melonjak tinggi memandangkan ia turut memberi kesan kepada mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Penternak ayam, Mohd Kamal Adam, 57, berkata, adalah tidak adil untuk menyalahkan penternak semata-mata dalam isu terbabit yang kini membelenggu rakyat.

Menurutnya, golongan penternak juga turut terbeban dengan kos operasi yang semakin meningkat terutama kenaikan harga dedak ayam ketika ini selain kekangan pekerja asing dan kos bekalan elektrik.

Baca artikel penuh di: https://bit.ly/38Cvw4G

Muzik:www.bensound.com

#Beritasemasa #Krisisnegara #SinarHarian

" />

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!