Inkues Adib: Cik Miera dipanggil beri keterangan
SHAH ALAM - Seorang jururawat Institut Jantung Negara (IJN) yang mengkritik kenyataan Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner hari ini.
Cik Miera atau nama sebenarnya, Siti Shafikah Amira, menjadi saksi ke 25 dalam prosiding inkuiri ini.
Sebelum ini, Siti Shafikah Amira melalui akaun Facebooknya mengkritik kenyataan Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang menyatakan kecederaan dialami Muhammad Adib tidak bersepadanan dengan cedera akibat dipukul.
Semalam, Hafizam melahirkan rasa sedihnya berikut hantaran komen Cik Miera yang menyebabkan beliau dicaci dan dianggap berbohong.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!