Polis cari pemandu Perodua Bezza

Polis sedang mengesan pemandu Perodua Bezza untuk membantu siasatan.
Polis sedang mengesan pemandu Perodua Bezza untuk membantu siasatan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat berhubung kemalangan yang tular di media sosial membabitkan kenderaan jenis Perodua Bezza dan Perodua Aruz di Jalan Kinabalu di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi satu minit 23 saat yang dimuat naik di Facebook membabitkan kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan kira-kira jam 11.59 pagi itu melibatkan kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Aruz.

"Pemandu kereta Perodua Aruz hadir membuat laporan polis manakala pemandu Perodua Bezza masih belum tampil dan kita masih mengesan pemandu berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!