Tak harap balasan: MK K-Clique

K-CLIQUE
K-CLIQUE
A
A
A

JIKA sebelum ini arena muzik Hip Hop hanya diminati oleh kelompok sendiri, bagaimanapun tidak dapat dinafikan lagi apabila genre itu kini semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai apatah lagi generasi muda.

Mana tidaknya, lirik-lirik yang ditulis bukanlah kiasan semata-mata, namun ia meninggalkan kesan yang cukup bermakna malahan mesejnya juga terang dan jelas.

Bagi peminat setia muzik Hip Hop, K-Clique bukanlah satu nama yang tidak asing lagi di gelanggang mereka, namun kini nama kumpulan tersebut menjadi siulan orang ramai menerusi lagu mereka yang berjudul Lane Lain Line.

MK
MK



Menurut salah seorang anggota kumpulan Muhammad Hairi Amin atau lebih dikenali MK K-Clique, berkata, mereka tidak pernah menyangka bahawa akan meniti ke kemuncak populariti.

“Kami tak pernah menyangka nama K-Clique ini suatu hari akan dikenali seperti mana hari ini. Bagaimanapun kami nikmati sahaja momen yang tengah ada ini.

“K-Clique bermula dari zaman kami masing-masing di bangku sekolah lagi, cuma nama kumpulan rapper ini mula dikomersialkan sekitar 2015.

“Banyak lagi lagu-lagu yang belum dikeluarkan dan lagu rasmi pertama daripada kami berjudul Lane Lain Line,” ujarnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada acara Girls Republique di Evolve Concept Mall.

Artikel Berkaitan:

K-CLIQUE
K-CLIQUE



Selain MK, K-Clique yang dianggotai daripada lapan bersaudara berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah, ini terdiri daripada Noki, Tuju, Somean, KDeaf, Fareed PF, Gnello, dan NastyNas.

Tambahnya, mereka bersyukur dengan apa yang dikecapi hari ini dan berharap akan terus mendapat sokongan orang ramai.

“Perkara yang kami lakukan ini ikhlas daripada hati dan sememangnya tidak mengharapkan sebarang balasan.

“Kami bersyukur dengan apa yang kami dapat hari ini, alhamdulillah,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!