Hafiz bawa pulang pingat gangsa
ATLET angkat berat, Muhammad Hafiz Shamsuddin meraih pingat gangsa menerusi acara atas 89 kilogram (kg) Sukan SEA Hanoi 2021 pada Ahad.
Hafiz melakukan angkatan 152kg bagi snatch dan 190kg clean & jerk dengan jumlah keseluruhan 342kg dalam saingan yang berlangsung di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.
“Kalau diikutkan angkatan terakhir pihak lawan yang meraih emas adalah 349kg. Kalau saya dapat melakukan angkatan kedua 160kg, saya mungkin dapat 350kg.
“Apapun, saya tetap berpuas hati. Saya bersyukur kepada ALLAH. Saya memang sudah jangkakan yang angkatan lawan lebih tinggi kerana saya baharu lagi dalam skuad negara.
“Sasaran saya hanyalah untuk melakukan yang terbaik. Walaupun gagal meraih pingat emas tetapi saya akan berusaha lebih lagi berbanding sebelum ini,” katanya.
Pingat emas dimenangi atlet Thailand, Rungsuriya Panya dengan angkatan keseluruhan 342kg manakala perak dimenangi wakil tuan rumah, Nguyen Minh Quang, 348kg.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!