'Bukan dapat apa pun kalau bodek Tun M'

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - “Apa untungnya jika Pas bodek Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan dapat apa pun,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, semalam.

Ahmad berkata, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan mengubah sebarang keputusan yang dibuat kerajaan sebelum ini.

Menurutnya, ia jelas menunjukkan tiada keuntungan diperoleh sekiranya kenyataan Presiden Pas itu sebagai membodek.

“Tok Guru (Abdul Hadi) cakap perkara yang benar, Tun Mahathir bukan diktator malah kita juga tahu dengan ketegasannya berdepan dengan mana-mana pemimpin.

“Kita kena faham maksud yang cuba disampaikan, bukan nak bodek,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Ahmad berkata, ia tidak perlu dibangkitkan kerana kepimpinan Tun Mahathir diketahui pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!