Afiq Muiz sudah menikah!

Instagram Afiq Muiz
Instagram Afiq Muiz
A
A
A

PELAKON Afiq Muiz mengejutkan ramai peminatnya apabila mengaku telahpun melangsungkan majlis pernikahan dengan gadis pilihannya, Pachara Emmanuel Apin pada Selasa.

Pachara, 28, atau Nur Aaira Mahdeya merupakan bakat baharu yang berasal dari Sabah.

Difahamkan majlis yang berlangsung secara sederhana di Bangi itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah sahaja.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, Afiq atau nama lengkapnya Muhammad Afiq Muiz Azman, 27, perkenalanannya dengan isteri hanya berlaku dalam masa yang singkat iaitu selama enam bulan sebelum masing-masing sepakat untuk disatukan.

Dalam masa yang sama, hero drama Air Mata Syurga ini juga menegaskan bukan niatnya untuk merahsiakan perkahwinan mereka, namun lebih selesa memilih untuk mengadakannya secara tertutup untuk keluarga terdekat sahaja.

No Image Caption

“Tiada sebab pun saya merahsiakan pernikahan. Kalau ada orang tanya, saya beritahu sahaja.

Ya, saya kini suami orang.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH, majlis resepsinya kelak, saya akan jemput semua termasuk pihak media.

Cuma tarikhnya belum ada,” katanya sebagaimana dipetik dari portal berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!