Lelaki nyaris maut 'sengaja' masuk bola dalam dubur
NEW YORK - Sekumpulan doktor terpaksa menggunakan gerudi elektrik untuk membuang sebiji bola pembersih hampagas yang tersekat dalam perut seorang lelaki selepas beberapa percubaan lain menemui kegagalan.
Sebelum pembedahan itu, lelaki berusia 51 tahun dikejarkan ke hospital selepas sebiji bola bersaiz 8 sentimeter (cm) tersekat dalam duburnya.
Lelaki itu mendakwa, dia dan isterinya menggunakan bola tersebut untuk merawat penyakit buasir yang dideritanya selama beberapa tahun lalu.
Semasa kejadian, dia telah beberapa kali cuba mengeluarkan bola itu dengan menggunakan pemutar skru dan sudu sebelum isterinya membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kemudian doktor yang menjalankan inar X-ray dan imbasan CT untuk mengesan bola tersebut dan bergegas menggunakan kaedah lapartomi atau pembedahan untuk menolaknya keluar, menemui kegagalan.
Namun, tindakan mereka membuat keputusan memotong bola kepada tiga bahagian kecil dengan menggunakan gerudi elektrik telah berjaya mengeluarkan ia anggota badan mangsa.
Doktor yang menjalani pembedahan selama tujuh jam mendapati lelaki tersebut telah stabil dan mendapati terdapat kesan calar pada duburnya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!