KKM tidak terima laporan kanak-kanak dijangkiti cacar monyet

Tangkap layar yang tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak dijangkiti virus tersebut.
Tangkap layar yang tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak dijangkiti virus tersebut.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang notifikasi kes jangkitan cacar monyet melibatkan seorang kanak-kanak di negara ini seperti tular di laman sosial.

Tegas KKM, sekiranya ia benar-benar berlaku, waris atau penjaga perlu membawa kanak-kanak yang didakwa dijangkiti cacar monyet ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan.

"Sehingga jam 5 petang Selasa, KKM tidak menerima sebarang notifikasi kes jangkitan cacar monyet.

"Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, tular di laman sosial tangkap layar yang kononnya seorang kanak-kanak dijangkiti virus berkenaan.

Tambah KKM, orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!