Khapangi, remaja terpendek di dunia
KATHMANDU - Seorang pemuda Nepal berusia 18 tahun telah dinobatkan sebagai remaja paling pendek di dunia baru-baru ini.
Remaja itu, Dor Bahadur Khapangi, yang berukuran hanya 73.43 sentimeter dibawa oleh seorang saudaranya ke Kathmandu untuk menerima pengiktirafan tersebut dari Guinness World Records.
Dhananjay Regmi iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal menyerahkan sijil berbingkai kepada Khapangi pada majlis anjuran Guinness World Records baru- baru ini.
Dia telah dilahirkan pada tahun 2004 dan ketinggiannya diukur pada bulan Mac lalu.
Pemegang rekod untuk wanita terpendek di dunia ialah Jyoti Amge dari India.
Pada tahun 2009 dia disahkan sebagai remaja wanita paling pendek pernah hidup pada hanya ketinggian 61.95 sentimeter.
Kini berusia 28 tahun, dia telah muncul di televisyen Amerika Syarikat sebagai watak tetap Ma Petite dalam program American Horror Story: Freak Show yang ditayangkan pada 2014. -Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!