Awie tak nak tengok cermin kerana...

Awie
Awie
A
A
A

PENYANYI popular, Datuk Awie mendedahkan dia tidak pernah membotakkan kepalanya sepanjang hidupnya.

Justeru selepas mengambil keputusan untuk membotakkan kepala buat pertama kali dalam hidupnya ketika menunaikan umrah hujung bulan lepas, dia berasa terkejut dan enggan melihat wajah sendiri hampir dua hari.

"Ketika proses mencukur kepala, saya pejamkan mata dan berzikir. Saya tak nak tengok, apabila sudah habis, saya angkat plastik dan tutup muka sendiri.

"Sehari setengah jugalah saya tak tengok cermin. Belakang kepala pun rasa ringan je.

"Keesokan harinya, semasa hendak mandi bagi menunaikan solat subuh, barulah saya lihat perlahan-lahan," kongsinya kepada portal, Astro Gempak.

Dalam pada itu, ditanya mengenai penangguhan Konsert Dinner GIG 2018 yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini (esok), Awie, 50 berkata, dia hanya dimaklumkan penangguhan tersebut sebaik tiba di tanah air minggu lalu.

"Ketika di sana saya tidak diberitahu, balik-balik semangatlah nak pergi show. Apabila nak pergi praktice, barulah dimaklumkan konsert tunda.

"Saya okey saja, tak mengapa. Mungkin akan diadakan pada pertengahan Januari nanti. Harap-harap tiada masalah," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Awal minggu ini, penganjur konsert Dinner GIG 2018 memohon maaf ekoran penangguhan acara terbabit ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dinner GIG merupakan acara anjuran FUFC The Fighters Sdn. Bhd. untuk mengumpul dana bagi perbelanjaan Kelab Bola Sepak Felda United.

Konsert itu turut menampilan Ratu Rock Ella yang akan berkongsi pentas bersama Awie.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Awie bakal muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Ungku Hariz dan pelakon kanak-kanak Rykarl.

Membawakan watak artis veteran bernama Sani Joned, Berani Jadi Papa akan mula menemui penonton pada 6 Disember 2018.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!