Tedros dipilih semula sebagai ketua WHO

Tedros Adhanom Ghebreyesus - Foto Reuters
Tedros Adhanom Ghebreyesus - Foto Reuters
A
A
A

GENEVA - Tedros Adhanom Ghebreyesus, dilantik semula menyandang jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penggal kedua pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 di sini, Selasa, lapor Xinhua.

Beliau dipilih buat pertama kali menyandang jawatan itu pada Mei 2017 dan merupakan calon tunggal tahun ini.

Dalam ucapannya selepas dipilih semula, Tedros berkata, beliau menghargai keluarga WHO atas kerja keras mereka selama ini dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau berkata, tumpuan utamanya ialah promosi kesihatan, penjagaan kesihatan primer, persediaan dan tindak balas kecemasan, sains, inovasi dan kesihatan digital.

Tedros akan memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun lagi bermula 16 Ogos 2022 hingga 15 Ogos 2027. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!