Empat lokasi di KL dinaiki air

Anggota polis sedang memantau lokasi hotspot yang sering berlaku banjir di ibu kota pada Rabu.
Anggota polis sedang memantau lokasi hotspot yang sering berlaku banjir di ibu kota pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis memaklumkan empat lokasi di kawasan Kuala Lumpur dinaiki air akibat hujan lebat berterusan pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku semasa hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur sejak jam 10.30 pagi tadi.

Menurutnya, tiga daripada empat lokasi berkenaan adalah di hadapan Bank Rakyat, Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Periuk dan Jalan Ampang yang dinaiki air setinggi 0.4 meter.

"Di Lorong Raja Mahadi, Kampung Baru, air dilaporkan naik sehingga paras lutut.

"Sehingga jam 1.30 petang, air di semua kawasan yang mengalami banjir telah surut selepas hujan mula reda," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Noor Dellhan berkata, terdapat lapan lokasi hotspot yang sering berlaku banjir diberikan perhatian serius sebaik hujan lebat melanda pusat bandar raya Kuala Lumpur.

"Lapan lokasi itu adalah Jalan Rahmat, Jalan Sultwn Azlan Shah; Bulatan Dato Onn, Jalan Kuching; Dataran Merdeka, Jalan Raja; Jalan Ampang; Jalan Brunei, Jalan Pudu; Jalan Changkat Thambi Dollah; Jalan Maharajalela, Bulatan Merdeka dan Kampung Periuk," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!