Polis nafi video tular KL Sentral banjir

Tangkap layar video tular mengenai kejadian banjir yang disahkan polis berlaku pada 25 April lalu.
Tangkap layar video tular mengenai kejadian banjir yang disahkan polis berlaku pada 25 April lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menafikan video tular di media sosial mengenai kejadian banjir yang kononnya berlaku di kawasan Stesen Sentral Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, video yang ditularkan tersebut adalah kejadian banjir yang telah berlaku pada 25 April lalu.

"Kita telah terkesan satu klip video telah tular di media sosial mengenai kejadian banjir di Brickfields, dalam video tersebut turut menyatakan 'KL Sentral Banjir 25 May 2022'," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Amihizam berkata, keadaan di Stesen Sentral Kuala Lumpur serta jalan raya di sekitar kawasan tersebut adalah dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

"Orang awam dinasihatkan tidak berkongsi sebarang maklumat mahupun video yang tidak diketahui tahap kesahihannya," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!