Banjir kilat: Lebih 100 rumah penduduk di Sekinchan terjejas

Premis perniagaan di Sekinchan turut terjejas dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat dan pertembungan air pasang besar pada petang Rabu
Premis perniagaan di Sekinchan turut terjejas dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat dan pertembungan air pasang besar pada petang Rabu
A
A
A

SEKINCHAN - Lebih 100 rumah penduduk di sekitar Sekinchan di sini dilanda banjir setinggi lebih 0.5 meter berikutan hujan dan pertembungan air pasang besar pada petang Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, antara kawasan dinaiki air membabitkan Kampung Penerangan dan Pekan Sekinchan.

Menurutnya, beberapa jalan utama turut dinaiki air namun keadaan masih terkawal.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai banjir kilat pada jam 1.45 petang Rabu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau memberitahu, pemeriksaan mendapati beberapa kawasan termasuk Pekan Sekinchan dinaiki air bagaimanapun keadaan masih terkawal dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!