Kambing biri-biri jantan dihukum penjara tiga tahun

Kambing biri-biri jantan tersebut dikatakan menyerang dan menanduk mangsa beberapa kali. - Foto Agensi
Kambing biri-biri jantan tersebut dikatakan menyerang dan menanduk mangsa beberapa kali. - Foto Agensi
A
A
A

JUBA - Seekor kambing biri-biri jantan dihukum penjara tiga tahun kerana menyerang dan menanduk seorang wanita di Sudan Selatan hingga menyebabkannya meninggal dunia.

Media tempatan melaporkan, pemilik haiwan itu juga diarahkan oleh sebuah mahkamah di bandar Rumbek untuk memberikan lima ekor lembu kepada keluarga mangsa sebagai ganti rugi.

“Pihak berkuasa di negeri Lakes tersebut bertindak ‘menahan’ kambing biri-biri itu setelah ia membunuh wanita berkenaan minggu lalu,” menurut laporan Sudan Today.

Hasil siasatan mendapati punca kematian warga emas itu disebabkan oleh haiwan itu menanduk dada mangsa beberapa kali.

Di bawah undang-undang negeri itu, mana-mana haiwan peliharaan yang menyebabkan kematian individu akan diserahkan sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!