Tak terburu timang anak: Mona, Pekin
PELAKON, Mona Allen, 34, memberitahu dia dan suami, Pekin Ibrahim, masing-masing meletakkan rezeki untuk menimang anak pada ketentuan ALLAH.
Menurut Munna Hafiraneza Allen atau lebih dikenali Mona Allen, mereka tidak terburu-buru kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja sebagai pelakon dan juga pengarah.
“Sejujurnya kami terima sahaja jika dikurniakan zuriat. Ada rezeki alhamdulillah syukur.
“Namun buat masa ini masing-masing sibuk, tak adalah nak terburu-buru sangat,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pasangan yang selamat mendirikan rumah tangga sekitar akhir tahun lalu memilih Santorini sebagai destinasi pilihan bulan madu pada Jun depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!