Nazim sebak shooting di kawasan perkuburan

18
18
A
A
A

PELAKON, Nazim Othman memberitahu hatinya menjadi sayu tatkala memasuki kawasan perkuburan pada Isnin.

Menurut pelakon itu dia berada di kawasan berkenaan kerana menjalani penggambaran sebuah karya.

19
19

"Aku jadi sayu mengenang betapa lama aku hanyut dek khilaf. Aku pun tak tau macam mana nak luahkan perasaan yang datang tadi.

"Aku cuma boleh rasa ALLAH cuba menyampaikan sesuatu pada aku. Dijentiknya hati ini hingga jadi sebak, sampai sekarang aku masih cuba pujuk diri, kalau nak menangis, menangislah dalam doa lepas solat.

"ALLAH menduga bukan kerana Dia membenci, barangkali kerana Dia rindu dan semua ini adalah caranya untuk mengembalikan hati aku supaya tak berhenti memuja keagunganNya. Sesungguhnya ALLAH maha besar, maha pengampun lagi maha penyayang," tulisnya di Instagram.

17
17

Di ruang komen rata-rata orang ramai memberikan komen bahawasanya sebagai manusia kena sentiasa mengingati ALLAH dan muhasabah diri agar dapat menjadi seorang insan yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!