Feyenoord hampir sempurna...
FEYENOORD Rotterdam hampir melengkapkan penampilan sempurna di pentas perlawanan akhir kejuaraan Eropah pertama dalam tempoh 20 tahun sebelum akur tuah tidak menyebelahi kelab Eredivisie Belanda itu apabila tewas 0-1 kepada AS Roma dalam perlawanan akhir Liga Konferensi di Tirana, Albania.
Kapten Feyenoord, Justin Bijlow berkata, nasib ternyata tidak menyebelahi kelab kendalian De Trots van Zuid kendalian Arne Slot selepas melakukan penampilan sempurna sepanjang kempen kejuaraan tahap tiga kelab Eropah tersebut.
“Penamat perlawanan yang amat dahsyat pada ketika kami benar-benar teruja mahu membawa kejuaraan ini pulang ke Rotterdam sebagai ucapan terima kasih kepada para penyokong setia sekali gus meletakkan semula Feyenoord kembali dalam peta bola sepak dunia.
"Namun malangnya impian tersebut tidak menjadi kenyataan apabila nasib tidak menyebelahi pasukan dalam perlawanan ini...anda nampak AS Roma menghadapi masalah ketika berurusan dengan kami.
"Namun malangnya tuah tidak menyebelahi kami kali ini. Ya, bunyinya agak klise, tetapi 20 tahun lalu kami kali terakhir bermain final Eropah di Feyenoord, namun di Tirana pengakhiran amat mengerikan bahawa kami tidak dapat membawa piala ke Rotterdam,” kata penjaga gol tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!