Lelaki maut akibat perlanggaran di lampu isyarat

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kereta di lampu isyarat menuju ke Jalan Lorong Bayor Bukit 8, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Supt Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, motosikal yang ditunggang mangsa telah bergeseran dengan sebuah kenderaan dari arah yang sama.

“Akibat dari perlanggaran itu, mangsa hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentang dan dirempuh oleh sebuah kenderaan dari arah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Alexson berkata, mangsa, Law Moi Mui, 56, yang bekerja sebagai pemandu lori telah disahkan maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!