Bantuan sara hidup peneroka Kesedar bakal berakhir?

Sazmi, meninjau ladang dan hasil tanaman peneroka Kesedar.
Sazmi, meninjau ladang dan hasil tanaman peneroka Kesedar.
A
A
A

GUA MUSANG - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menjangkakan bantuan sara hidup kepada 2,228 peneroka di sembilan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) akan berakhir pada 2020.

Pengerusinya, Datuk Sazmi Miah berkata, bantuan berjumlah RM1,000 itu akan dihapuskan setelah kesemua RKT mampu menuai hasil tanaman.

Bagaimanapun beliau berkata, ia masih belum muktamad dan sekiranya harga komoditi itu berada di paras rendah, bantuan ini akan diteruskan mengikut tahunan.

"Kita menjangkakan, hasil tuaian akan melebihi dari bantuan sara hidup yang diberi sejak empat tahun lalu.

"Selain itu, peneroka disaran agar mengurangkan kebergantungan kepada produk tradisi dengan menambah hasil pendapatan tanaman kontang atau menukar kepada tanaman lain.

"Kita akan berusaha mencari jalan dan inisiatif lain untuk meningkatkan hasil pertanian dalam tempoh jangka masa panjang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung (dalam penubuhan) Koperasi Harapan Sungai Asap Gua Musang Berhad (KHSA) di tapak pasar malam RKT Kesedar Sungai Asap, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Kesedar, Iskandar Zulkarnain Ibrahim dan ketua peneroka RKT Sungai Asap, Mohd Zailani Mohd Noor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!