Malaysia perlu contohi Korea Selatan tingkat sekuriti makanan

Kerajaan perlu memandang serius sekuriti makanan ini agar kedaulatan makanan dalam negara terutama barangan keperluan asas.Gambar kecil: Muhammad Faiz
Kerajaan perlu memandang serius sekuriti makanan ini agar kedaulatan makanan dalam negara terutama barangan keperluan asas.Gambar kecil: Muhammad Faiz
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan disaran supaya mencontohi Korea Selatan yang mampu meningkatkan sekuriti makanan dengan menggunakan sepenuhnya sumber yang dalam negara mereka untuk rakyat.

Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, sekiranya langkah yang sama dilakukan oleh kerajaan ia dilihat boleh membantu menyelesaikan krisis bahan mentah dan kenaikan harga barang pada ketika ini.

"Walaupun Korea Selatan adalah negara perindustrian, namun mereka mampu meningkatkan sekuriti makanan dalam negara susulan kebimbangan terhadap ancaman perang dari Korea Utara.

"Jadi, saya melihat kerajaan perlu mencontohi Korea Selatan yang mana semua hasil pertanian dan perladangan hanya dimanfaatkan oleh rakyatnya sahaja. Mereka tidak dieksport keluar, sebaliknya menggunakan sumber itu rakyat negara mereka dan tidak terputus bekalan makanan sekiranya berlaku sesuatu musibah dan bencana," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Faiz berkata, beberapa mekanisme perlu diteliti dan diambil tindakan oleh pihak kerajaan dengan segera bagi mewujudkan pelan sekuriti makanan terutama barangan keperluan asas dalam negara.

Tambahnya, pengeksportan ayam ke luar negara dihentikan dan hanya memberi fokus kepada kegunaan rakyat terlebih dahulu.

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu melatih usahawan muda dari golongan belia supaya mereka berkecimpung dam bidang pertanian.

"Contohnya mereka boleh membuat penanaman untuk makanan haiwan seperti tanaman jagung dan rumput napier. Bila pertanian ini diperhebatkan, negara kita tidak perlu bergantung lagi kepada import makanan haiwan yang kosnya terlalu tinggi.

"Justeru, kerajaan perlu memandang serius sekuriti makanan ini agar kedaulatan makanan dalam negara terutama barangan keperluan asas untuk rakyat dijamin tidak terputus dan mampu dibeli," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!