Semakan arah kiblat boleh dibuat petang esok: Mufti Selangor

Orang ramai boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. - Foto fail Bernama
Orang ramai boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Semakan ketetapan arah kiblat khususnya di kediaman masing-masing boleh dibuat esok, bermula jam 5.10 petang hingga 5.35 petang susulan peristiwa Istiwa A'dzam.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, Istiwa A'dzam yang akan berlaku pada 5.18 petang esok merupakan satu peristiwa yang kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah, dan masyarakat di Selangor berpeluang membuat semakan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan bayang daripada objek yang tegak.

"Semakan boleh dibuat dengan menggunakan sebarang objek lurus dan tegak yang berada di sekitar. Tempoh masa semakan bayang bermula jam 5.10 petang hingga 5.35 petang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!