Polis sudah kenal pasti suspek warga Singapura

Mohd Khalil ketika sidang media
Mohd Khalil ketika sidang media
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah mengenal pasti individu warga Singapura yang disyaki terbabit dalam insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, awal bulan ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, bagaimanapun pihaknya enggan mendedahkan nama kilang atau individu terbabit buat masa ini.

"Kita sedang bekerjasama dengan rakan sejawat (pihak berkuasa negara jiran). Ya, kita sudah kenal pasti.

"(Tapi) saya tidak akan dedahkan kilang punya nama atau orang itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan berkaitan suspek yang terlibat dalam kes pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!