Bukit Golan tidak sah milik Israel

Abdul Muein Abadi
Abdul Muein Abadi
A
A
A

SHAH ALAM - Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi menegaskan, tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Bukit Golan di Syria sebagai wilayah Israel adalah tidak wajar dan langkah yang hina.

Menurut beliau, keputusan tersebut telah mengejutkan banyak pihak kerana perkara itu dilakukan dengan membelakangkan undang-undang antarabangsa.

"Susulan tindakan Trump, Resolusi Majlis Keselamatan 497 menyatakan keputusan Israel melaksanakan undang-undang, bidang kuasa, dan pentadbiran di wilayah Bukit Golan milik Syria adalah batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan perundangan antarabangsa.

"Selain itu, Resolusi Majlis Keselamatan 242 pula memberi garis panduan jelas bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan juga adalah tidak sah untuk dimasukkan sebagai wilayah milik negara yang menjajah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian, bagi mengulas tindakan pentadbiran AS di bawah pimpinan Trump yang mengiktiraf Bukit Golan di Syria sebagai sebahagian wilayah Israel. Majlis menandatangani pengiktirafan tersebut pada Isnin lalu turut dihadiri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump iktiraf Bukit Golan milik Israel

Tambah Abdul Muein, Trump mengiktiraf 'pemilikan' wilayah itu dengan alasan kononnya Bukit Golan bakal menjadi sasaran pengganas misalnya dari Iran, selatan Syria, dan Hezbollah untuk melancarkan serangan ke atas Israel.

"Ini bukan kali pertama Trump bertindak sedemikian kerana langkah hina itu pernah menyamai tindakannya yang mengiktiraf Baitulmaqdis iaitu tempat suci ketiga umat Islam sebagai ibu negara, Israel pada Disember 2017.

Artikel Berkaitan:

" Jika Baitulmaqdis dijajah secara berperingkat-peringkat oleh Israel melalui Perang 1948 dan disusuli Perang Enam Hari 1967, Bukit Golan pula dirampas daripada Syria dalam Perang Enam Hari 1967. Justeru, seperti mana status Baitulmaqdis pada hakikatnya dijajah Israel, begitu juga dengan situasi yang menimpa Bukit Golan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Syria yang baru sahaja dalam proses pemulihan pasca-ISIS tentu sahaja tidak akan berdiam diri dengan perisytiharan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!