Ikan marlin gergasi ditangkap di Afrika Selatan
CAPE TOWN - [DIKEMAS KINI] Seramai tiga orang rakan yang telah berjuang selama 30 minit untuk menundukkan seekor ikan marlin biru di Lautan Atlantik baru-baru ini.
Mereka berjaya memancing ikan tersebut yang seberat lebih 600 kilogram iaitu yang kedua terbesar pernah ditangkap di lautan tersebut.
Trio pemancing itu, Ben Vorster, Gerhardt Vorster dan Michiel Ross menghabiskan masa enam hari memancing di Kepulauan Cape Verdes, Afrika baru-baru ini.
Pada hari terakhir, mereka berjaya menangkap ikan itu yang sepanjang 3.65 meter.
Kepulauan Cape Verdes adalah habitat panas untuk ikan marlin biru.
Ia terletak di luar pantai Senegal dan Mauritania. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!