Djokovic mara ke pusingan keempat Terbuka Perancis

Djokovic ketika beraksi menentang Bedene pada pusingan ketiga kejohanan di Roland Garros.
Djokovic ketika beraksi menentang Bedene pada pusingan ketiga kejohanan di Roland Garros.
A
A
A

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke pusingan keempat Terbuka Perancis selepas menewaskan wakil Slovenia, Aljaz Bedene.

Pada perlawanan tersebut, pemain kelahiran Serbia itu menang secara straight set 6-3 6-3 6-2 dalam tempoh masa kurang daripada dua jam sekaligus berada di landasan yang terbaik untuk memenangi Grand Slam ke-21.

“Ia satu perkara yang mustahil untuk bermain dengan sempurna, namun saya cuba berusaha untuk menampilkan permainan yang sempurna.

“Saya cuba untuk bermain secara agresif seperti kebiasaan pada perlawanan ini. Walaupun tidak berapa menjadi, tetapi saya berpuas hati dengan persembahan saya,” kata Djokovic.

Pemain berusia 35 tahun itu akan menentang pilihan ke-15 Diego Schwartzmann dari Argentina pada pusingan keempat.

Sekiranya berjaya memenangi perlawanan itu, Djokovic dijangka akan bertemu bekas pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal bergantung kepada keputusan diraih pemain Sepanyol itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!