Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Wan Junaidi
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pemergian isterinya, Datin Seri Feona Sim @ Norjanah pada Jumaat.
"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” menurut catatan di Facebook Istana Negara pada Sabtu.
Allahyarhamah Feona yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching, Sarawak pada jam 6 petang Jumaat.
Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), pada 9 September 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!