Tular tarikh PRU15, Oktober ini
SHAH ALAM - Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijadualkan pada 8 Oktober tahun ini.
Perkara itu tular di media sosial pada Sabtu yang turut memaparkan tarikh pembubaran Parlimen serta hari penamaan calon.
Pemilik akaun Twitter @La_FarEast yang membuat hantaran tersebut menyoal mana-mana pihak yang boleh mengesahkan perkara itu.
Menerusi gambar yang dikongsikan pemilik akaun berkenaan, tarikh pembubaran Parlimen dijadualkan pada 1 September manakala hari penamaan calon pada 25 September.
"Siapa boleh sah kan?" soalnya menerusi hantaran berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!